jump to navigation

Dijemput ke majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Dengan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan September 23, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
add a comment

YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Dengan sukacitanya mempersilakan

ANAK-ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN

Ke majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Dengan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan

Pada: 2 Syawal 1429H (Hari Raya Kedua) Jam 8.30 Malam

Tempat: Pusat Tarbiah Islamiah Negeri Kelantan (PUTIK)
Jalan Maktab, Pengkalan Chepa.

Hubungi: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 097483529

Pusat Tarbiah Islamiah Negeri Kelantan (PUTIK)



P/S: Mohon sebarkan jemputan ini kesemua Anak-Anak Kelantan melalui sms, forum, blog, portal, ym, google talk dan segala medium lagi untuk meramaikan puak-puak kita bermesra dan berjumpa mata baik sesama sendiri atau dengan pimpinan kerajaan negeri dan Tok Guru Khasnya.

Ada perbincangan di Forum www.perakan.org.my

Apa salahnya kalau kita katakan 16 september berjaya – Mursyidul Am PAS September 15, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
8 comments

Salam,

Pagi tadi aku dikejutkan satu artikel berkaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Aku lompat melompat dari satu blog ke satu blog lain mencari kebenaran artikel tersebut. Benarkah ada desas desus Mursyidul Am PAS menegur pimpinan PAS tertentu.

Aku dikhabarkan pula oleh seorang kawan mengenai ucapan Tok Guru semalam yang cukup panas. Jadi aku tercari-cari pula videonya dan terjumpa di tvpas.com. Kepada tvpas.com, saya download dan masukkan dalam youtube. Minta halal dunia akhirat.

Tujuan saya upload ke youtube, untuk mengelakkan kesesakan bandwidth tvpas.com terlalu tinggi yang boleh mengakibatkan pengguna tidak boleh capai video tersebut. Harap perkongsian pro-aktif saya diterima oleh pihak tvpas.com. Minta halal dunia akhirat sekali lagi.

Video asal boleh lihat di Tvpas.com

Mari berbuka puasa bersama Tok Guru Nik Aziz September 9, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
2 comments

(Ulamak sekaligus Umarak Yang disayangi oleh banyak lapisan masyarakat Malaysia. Y.A.B Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Hj. Nik Mat)

Kalau poster diatas tidak jelas, bolehlah download Poster yang besar, kemudian tampal di mana-mana tempat yang sesuai dan dibenarkan.

Boleh juga Tengok Peta kalau-kalau segan bertanya.

Maklumat lanjut bolehlah jenguk di www.perakan.org.my

Atau boleh terus baca dan bincang di forum perakan

Meniti hari-hari akhir hidupku September 5, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
add a comment

Hari ini entah mengapa, aku melangkah longlai lemah keluar dari rumah menuju ke tempat kerja. Perasaan sedih dan terharu memenuhi jiwaku. Pipiku tidak semena-mena dibasahi airmata. Allahuakbar. Jika aku dipanggil tika ini, apakah sudah cukup amalku untuk mengadapNya? Aku tak tahu bila Ia akan memanggilku,  jiwa ini terasa makin dekat, seperti selepas ini aku akan pergi.

Aku tidak pasti berapa banyak masa diberi oleh Allah lagi. Kendatipun begitu, jiwa ini tidak dapat tidak sedang menuju hari-hari akhir dalam kehidupan alam fana.

Tiba di pejabat, aku terus membuka blog saifulislam.com bagi membasahi jiwa yang kontang ini. Dengan kekuasaan ter-Agung, tangan ku terus mengklik video youtube Cahaya Hati di sebelah kanan blognya. Ya Allah, aku mencintaiMu.

Opick – Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Memori amanat Tok Guru di Hotel Nikko (Amanat PRU12) Ogos 19, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
1 comment so far

Amanat Tok Guru Kepada Anak Kelantan Perantauan Sekitar Lembah Kelang di Hotel Nikko pada 2 Mac 08. Peristiwa ini menjadi memori yang berjaya mencipta satu gelombang kebangkitan Anak Kelantan Perantauan untuk pulang mengundi di tanah kelahirannya.

Pada malam tersebut, Tok Guru berdoa dan diaminkan oleh Anak Kelantan Perantauan beserta tangisan keinsafan. Pipi aku juga basah dengan airmata bersama ribuan yang lain. Antara petikan doa Tok Guru ialah:

“Wahai Tuhan, mana mana ore yang mempunyai niat jahat terhadap agama Kamu.Tolonglah belo kami supayo kami dapat belo mereko, ataupun Kamu sendiri bertindak sebagaimano Kamu bertindok kepado askar askar bergajah dan lemparkan mereka itu dengan batu daripada Sijjil dan jadikan mereka itu hancur lebur”

Khabarnya, Tok Guru akan datang bertemu mata dengan Anak Kelantan Perantauan, ini sebagai tanda terima kasih Tok Guru kepada perantau. Oleh itu, saya berharap, mobilkan kawan-kawan ke majlis tersebut seramai mungkin sebagai tanda kita menerima kasih daripada Tok Guru.

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.perakan.org.my

Hari ini tak mahu komen Julai 17, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
add a comment

Semua sedia maklum, Anwar ditahan tidak sampai 24 jam selepas menjadi pemenang dirancangan Debat Khas bertajuk Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”. Aku tidak mahu komen apa-apa. Anak sepupu aku ada komen pasal Anwar Bermalam Dalam Tahanan!”.

Semalam entri Debat Khas menjadi tumpuan utama pembaca blog., termasuk entri aku.

Top post wordpress berbahasa melayu:-

Top post wordpress pelbagai bahasa (secara keseluruhan):-

Anda bagaimana?

P/s: ketika entri ini ditulis, Saudara Anwar telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Debat: Shabery memalukan dan simpati pada Anwar Julai 16, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
30 comments

Sebelum kejadian debat semalam, aku cukup menghormati saudara Shabery, seorang yang bijak, nampak ikhlas, kata-katanya tersusun dan kelihatan dirinya seperti seorang yang berilmu.

Tanggapan aku semalam, Shabery akan mengupas isu minyak dari perspektif yang berhujahkan fakta, dalam masa yang sama meyakinkan rakyat betapa tindakan kerajaan merupakan jalan keluar yang terbaik dari krisis minyak. Aku juga mengharapkan Shabery memberi sinar harapan tentang ekonomi yang mendatang.

Namun itu tidak menjadi. Peristiwa debat bertukar menjadi kisah pembantaian peribadi. Satu kisah yang mengaibkan seseorang didepan khalayak umum. Kisah yang mencabuli dan merosakkan maruah.

Hilang rasa hormatku pada Shabery, maka timbul perasaan simpati pada Anwar. Anwar terus fokus, terus fokus pada isu tanpa menghiraukan pemusnahan peribadi keatasnya. Kerana dia tahu, inilah sekelumit peluang baginya untuk memberi hujah pada rakyat.

Kalau begitu, teruskan Anwar, simpati rakyat bersamamu.

Nik Aziz sedia bermuzakarah jika ia dicadang oleh akar umbi UMNO Julai 15, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
add a comment

Diwaktu keselesaan, saya membuka malaysiakini.com dan terus terujuk laporan bertajuk “Muzakarah: PAS takut terjebak lagi”.


Saya pendekkan point-point utama beliau dari MalaysiaKini.

1. Perbincangan itu hendaklah datang daripada peringkat cawangan Umno yang dibawa kepada peringkat bahagian dan seterusnya ke perhimpunan agung Umno.

2. Tun Razak Hussein yang pernah meminta PAS bergabung dengan Umno tetapi kami dikhianati.

3. Bimbang ini adalah satu perangkap.

4. Penetapan syarat itu kerana merasakan kenyataan Perdana Menteri semalam untuk mengadakan muzakarah dengan PAS lebih kepada permintaan peribadi dan bukannya kehendak Umno.

5. Jika cadangan itu datangnya di akar Umno itu, ia menunjukkan keikhlasan Umno.

6. Ia sekaligus mencerminkan Umno sudah menolak konsep kebangsaan yang dipegang parti itu dan menerima Islam.

7. Tidak mahu Umno mencadangkan perbincangan kerana terdesak dan mahu mencaturkan semula politik.

8. Umno sebagai parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan keikhlasannya dengan tidak menyekat rancangan pembangunan yang telah disediakan di peringkat pusat kepada Kelantan.

Komen saya.

Eloklah cawangan UMNO membawa isu ini untuk dibincangkan ke peringkat Mesyuarat Agung. Ini untuk kebaikan Islam dan Melayu.

Daripada berserabut, cadangkan saja Nik Aziz jadi pemimpin Julai 14, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
15 comments

Semasa hayatnya masih ada, cadangkan beliau sebagai pemimpin.

Politik sekarang terlalu celaru. Krisis ini memeningkan kepala kita. Kita kena cari seorang pemimpin yang tiada masalah dengan masyarakat.

Kita kena cari pemimpin yang ada kemampuan memimpin, yang rekod pernah memimpin yang panjang, pemimpin yang tiada masalah, wataknya baik soleh. Dipercayai pula, kita percaya dia tak rasuah, dia tak salah guna kuasa. Kita cari orang ni, kita cadang dia. Kita jangan menyempitkan pemikiran kita pada dua tiga calon saja.

Diatas, petikan sebagaimana yang diucapkan Mufti Perlis.

Hari-hari berlalu selepas 8 Mac 2008, keadaan semakin merisaukan jiwa aku. Aku sayangkan Malaysia. Aku tidak mahu Malaysia jadi celaru seperti ini. Detik hatiku, calonkan saja MB Kelantan. MB Kelantan diakui kehebatan oleh segenap lapisan masyarat. Seorang yang soleh, tawadduk, beriman dan boleh dibuat kira bicara.

Di Kelantan, semua orang sayang dan menyegani beliau, baik melayu, cina, india dan siam dari pelbagai parti politik. Beliau adalah ikon rakyat Kelantan. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa dia juga adalah “Ikon Pemimpin Malaysia”.

Dari segi kemajuan, Kelantan adalah setanding dengan negeri-negeri lain, bahkan lebih baik berbanding dengan negeri-negeri tertentu. Walaupun dari negeri yang mempunyai sumber yang sedikit, tapi beliau mampu. Apatah lagi Malaysia.

Namun begitu, saya masih berfikir, realistkah idea ini? Tapi hari ini saya yakin idea ini adalah realistik setelah mengetahui Mufti Perlis berpendapat seperti saya.

Dibawah ini saya sertakan video Mufti Perlis mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin masa kini bagi menguraikan kecelaruan politik.

Saya minta maaf – Dr. Hatta Julai 10, 2008

Posted by smallvillage in Uncategorized.
add a comment

Kesilapan penganjur PROTES telah mereka akui. Dr.Hatta telah memohon maaf. Dengan terus menyalahkan mereka tidak akan memulihkan keadaan. Mereka telah cuba yang terbaik. Kesilapan itu perkara lumrah.

Saya yakin, mereka telah sedar dan akur dengan apa yang berlaku. Bahu yang memikul lebih berat dari kita yang melihatnya. Kritikan dari pelbagai pihak khasnya penyokong PAS, bukan kerana benci, tetapi mereka terlalu sayang. Saya yakin, tiada antara pendokong PAS yang merajuk, mereka cuma terkilan.

Walaubagaimanapun kejadian 678 boleh dijadikan kayu pengukur PAS, dalam menterjemah perjuangan dimasa sekarang dan akan datang. PAS harus bersedia untuk menjadi kerajaan. Kepelbagaian antarabangsa menanti disana nanti. Kebijaksanaan diperlukan. Ilmu pengetahuan perlu ditingkatkan. Kerohanian perlu diperkuatkan.

Maafkan kami – P. Ramlee

Please forgive me – Bryan Adams

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.